Monday, June 28, 2010

permainan tradisional-gasing


Saya suka bermain gasing. Saya suka permainan ini kerana permainan ini mencabar dan menyeronokkan. Saya telah ke kampung melayu dengan keluarga saya. Di sana, saya nampak banyak permainan tradisional melayu. Mainan yang menarik hati saya ialah gasing. Datuk saya telah membeli dua gasing. Satu untuk saya dan satu untuk dirinya sendiri. Selepas itu dia mengajar saya bagaimana untuk bermain gasing. Pada pertama kali saya cuba main, saya gagal. Tetapi selepas mencuba beberapa kali lagi, saya makin baik.

No comments:

Post a Comment