Wednesday, July 7, 2010

Muzik Tradisional Melayu

Ada banyak alat-alat Muzik Tradisional Melayu. Contoh-contoh alat-alat Tradisional Melayu adalah gambus, gendang, kompang, rebana dan serunding.

Wednesday, June 30, 2010

Pakaian Tadisional Melayu


Saya mempunyai beberapa pakaian tradisional Melayu. Saya memakai pakaian tradisional Melayu pada Hari Raya, pergi sekolah madrasah, dan ke masjid pada hari Jumaat untuk menunaikan solat Jumaat. Saya ada baju melayu cekak musang, baju melayu teluk belanga, songkok dan capal. Pada hari pertama Hari Raya tahun dahulu, saya sekeluarga memakai baju melayu berwarna biru. Kami telah menikmati pada Hari Raya tahun dahulu.

Monday, June 28, 2010

permainan tradisional-gasing


Saya suka bermain gasing. Saya suka permainan ini kerana permainan ini mencabar dan menyeronokkan. Saya telah ke kampung melayu dengan keluarga saya. Di sana, saya nampak banyak permainan tradisional melayu. Mainan yang menarik hati saya ialah gasing. Datuk saya telah membeli dua gasing. Satu untuk saya dan satu untuk dirinya sendiri. Selepas itu dia mengajar saya bagaimana untuk bermain gasing. Pada pertama kali saya cuba main, saya gagal. Tetapi selepas mencuba beberapa kali lagi, saya makin baik.